Selamat Maju Jaya. Good Luck.
Ayat yang sering aku ucapkan kepada diri sendiri setiap kali aku ingin mencuba sesuatu yang baru. Di saat aku ingin berhijrah ke jalan Allah. Di saat aku ingin melangkah lebih jauh.
Betapa indah setiap perjuanganku mempunyai kekuatan yang di berikan oleh Allah. Di sini, aku ingin berkongsi cara-cara untuk kau yang baca ni lebih kuat untuk berubah atau berhijrah kepada kebaikan.
Bagi aku, untuk berubah tidak pernah ada 'tarikh luput', jadi teruskan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Pertama sekali, pastikan diri kau tahu mengapa kau ingin berubah daripada A kepada B. Pastikan kau ada sebab sebab yang utama. Contohnya, kau nak memakai tudung. Setiap permulaan untuk berubah mungkin agak mudah, yang sukarnya ialah 'istiqomah' iaitu mengekalkan. Sebab kau betudung sudah tentu kerana syariat Allah, jadi apabila syaitan datang dengan cubaan menghasut kau, cuba ingat kembali bahawa kau bertudung kerana agama kau, kerana Allah.
Kedua, dekatkan diri dengan orang orang yang baik atau orang yang berpendapat serupa dengan kau. Kalau kau tak cukup kuat untuk melawan nafsu, berkawan lah dengan orang orang yang memakai tudung juga. Dengan izin Allah kau akan terus istqomah memakai tudung. Kerana kita wanita, sudah tentu menyukai perkara yang cantik cantik, tetapi jangan lupa bahawa yang bertudung itu jauh lebih cantik di mata Pencipta.
Ketiga, dalam setiap perubahan mesti dan gerenti akan ada yang bash akan ada yang kecam, jadi untuk perkara ni jangan endahkan orang yang kecam itu semua tetapi sentiasa ingat orang yang sentiasa menyokong kau bertudung. Sentiasa ingat orang yang ada dengan kau selalu dan jangan putus harapan. Ingat "JANJI ALLAH ITU PASTI"
Wallahu'alam
#segala pertanyaaan bolen komen di ruangan bawah